Laptop tersangat LEMBAB?

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera

Hari ni nak cerita sikit pasal komputer yang slow sangat serba serbi.


Biasanya bila cakap komputer lembab mesti orang akan suruh tambah RAM, padahal RAM dah 2gb-4gb tapi masih lembab kenapa?


Pertama memang RAM satu yang berperanan dalam menentukan kelajuan komputer tetapi pengaruhnya tidak begitu besar melainkan kita guna komputer kita untuk kerja yang extrm atau kita seorang gamer. Tapi kalau kita sekadar buat kerja taip dokumen, melayari internet dan lain-lain, RAM 2gb-4gb tu da terlebih cukup.

Jadi apa masalah komputer kita jadi terlalu lambat?

Masalah kebiasanya (yang paling kerap) ialah berpunca daripada kerosakan pada hard disk komputer anda. Ini kerana hard disk adalah satu komponen penting dalam komputer, kerana di sini la kita install OS (sistem operasi) kita atau kita biasa sebut windows, di sini juga kita install segala program seperti Microsot Office, Media player, dll, dan sini juga la kita akan save semua dokumen kita, video kita dan lain-lain file.


Sebab itu kegagalan hard disk untuk berfungsi dengan baik akan menyebabkan komputer menjadi lambat atau tersangat lambat. 

Kerosakan pada hard disk ini kita boleh pecah kepada 2 bahagian, PERTAMA masalah pada software yang ada dalam hard disk seperti OS/Windows dan driver dan KEDUA masalah pada hardware iaitu masalah pada hard disk itu sendiri seperti BAD Sector dan lain-lain.


Kita bincang masalah pertama masalah pada software. Seperti yang di bincangkan tadi hard disk menyimpan semua data termasuk fail OS/Windows kita, Punca awal komputer kita menjadi slow mungkin hanya di sebab masalah software yang mungkin di sebabkan virus, atau masalah driver, atau masalah file windows yang corrupted yang disebabkan oleh masalah tertentu. Ini kita boleh settle kan InshaAllah dengan format dan reinstall semula windows baru pada hard disk kita, atau kita juga boleh cuba recovery bagi komputer yang ada data image. Yang ni biasa tiada masalah.

Tapi sebahgian kita mungkin amil mudah benda komputer slow lama-lama sangkut cursor mouse pun dan tak nak gerak, dan akhir nya shutdown dengan cara tekan power button lama-lama, atau ada juga yang matikan kan plug terus, lepas on balik ok, hang lagi buat lagi dan akhirnya komputer dan tak nak masuk windows lagi.



Pada tahap ini mungkin hard disk anda telah rosak dan perlu di ganti. Dan apa yang lebih terus data anda dalam hard disk tersebut mungkin tidak dapat di selamatkan lagi (kecuali anda sanggup keluarkan modal ratus hingga mencecah ribuan ringgit semata-mata untuk dapatkan semula data anda)

Simpang Renggam PC
Whatapps : 011-1752 8506

Comments

Popular Posts